Tuesday, December 29, 2009

selesa?

assalamualaikum wbt

selesa?



bila kita kini berada di jalan Allah S.W.T.
adakah kita sudah selamat?

kadang kala kita merasa diri kita sudah selesa

tapi
adakah kita mampu untuk terus istiqamah hingga ke hembusan nafas yg terakhir?

adakah kita mampu untuk membantu sahabat yg lain utk bersama2 mpejuangkn agama ini?

kita menganggap diri kita sudah selamat
kemudian kita mbiarkn sahabat2 yg alpa untuk terus hanyut dan tenggelam dari jalan ini

timbul monolog dalaman, "dia nak stop bdakwah? biarla.. asalkn aku istiqamah"


*na'uzubillah*

Friday, November 20, 2009

Jalan-jalan cari berkat! "jom la ikut weyh!"




sape cepat die dpt!
penyertaan terhad!

p/s: hanya untuk pelajar MMU cyberjaya

Wednesday, November 18, 2009

Tarbiyah Islam melalui Rasulullah S.A.W.

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran yg bermaksud,
"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."
Surah al-Baqarah (2:151)

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bahawa Islam sebagai pentarbiyah, melalui Nabi Muhammad S.A.W dengan tiga cara :

Pertama, apabila menerima wahyu Allah SWT, tugas baginda ialah membacakannya dan menjelaskan tujuan dan maksud wahyu Allah SWT kepada umat manusia. Baginda wajib menyampaikan maklumat ilmu yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan itu manusia akan terlepas dari belenggu kejahilan.

Kedua, mentarbiyah dan membersihkan jiwa manusia daripada gejala syirik dan murtad kerana jiwa manusia yang kotor akan mendorong manusia menjadi ganas, tamak dan berkelakuan keji.

Ketiga, mengajar erti hikmah kepada manusia, iaitu mengetahui sesuatu serta mengetahui rahsianya, faedahnya dan maksuudnya, seperti hikmah solat dan lain-lain.

sumber, buku "Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, November 3, 2009

MODERN DA'IE 2009

Assalamualaikum w.b.t.


Modern Da'ie 2009


Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:


Kewajipan Berdakwah
Salah Tanggapan Terhadap Islam
Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
Memahami Mualaf
Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Lecture Hall FIT XR 0001 (Multimedia University)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Sekiranya ada pertanyaan dan berminat untuk sertai, hubungi:

Nizam 013 - 395 5414 aerosilver87@yahoo.com

Sila maklumkan nama penuh dan nombor telefon anda.

*tempat adalah terhad untuk 50 orang pelajar/staff MMU dan 70 pelajar/staff bukan MMU.


"Jazakallahu Khairan Katheera"

Institusi Usrah Cyberjaya

Saturday, October 31, 2009

LAPTOP ROSAK

assalamualaikum wbt..

nk bgtaw kawan2 sume.. laptop da dkebumikn..
so xleh nk update sgt r blog ni..
jgn marah ye especially Org jauh yg kat shoutbox tuh.. hehe



cume 1 pesanan buat sahabat

tips utk para da'ie :-

jgn kite membenci org yg buat "bende x elok"...
cukuplah kte benci "bende x elok" yg die buat...

smoge kite sentiase di bawah redha ALlah SWT

Tuesday, October 13, 2009

Inteam - Pemergianmu



Ketika malaikat Izrail sedang mencabut roh Rasulullah S.A.W., Rasulullah merasa amat sakit lalu baginda berkata kepada malaikat jika begini sakitnya hendak mati, baginda sanggup menganggung semua kesakitan ketika dicabut roh pada setiap umat baginda tetapi perkara itu tidak diizinkan Allah. Begitulah betapa sayangnya baginda kepada kita tetapi kita masih lagi leka dan alpa.

Ya Rasullullah, kami amat merinduimu...

Semoga sentiasa dibawah naungan Redha Allah S.W.T.

Tuesday, October 6, 2009

Janji Allah


Gempa bumi di Padang Sumatera terjadi pada jam 17:16 dan 17:58.
Di Jambi pada jam 08:52 hari berikutnya.

Di dalam Alquran surah 17:16 (Al-Isra') maksudnya,
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yg hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)."

Di dalam surah 17:58 (Al-Isra') maksudnya,
"Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami binasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)."

Di dalam surah 08:52 (Al-Anfal) maksudnya,
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Mahakuat lagi sangat keras seksa-Nya."

Lihatlah sendiri bagaimana Allah mengotakan janji-Nya kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah. Di antaranya mereka yang mengakui Islam tetapi secara terang-terangan tidak berpuasa dan makan di hadapan khalayak ramai..

Jadikan pengajaran dan semoga kita di bawah naungan redha Allah SWT

Sunday, October 4, 2009

memahami setiap yang berlaku


dalam setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya.
cuma bgantung pada kita sama ada untuk mampu melihatnya atau tidak.
jika kita memahami apa yang berlaku itu dengan mendalam, insyaAllah Allah akan menunjukkan hikmah disebaliknya.

Sekiranya hikmah disebaliknya dapat diterjemahkan, insyaAllah banyak perkara baru yg akan dpelajari

Ingat, ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.
buruk, baik, masalah, penyakit, keuntungan, pergaduhan, kegagalan, kejayaan, dan sebagainya.

buka mata, lihat dan fikirkan setiap yg berlaku
semoga sentiasa berada dibawah naungan redha Allah SWT

Tuesday, September 29, 2009

UNIC - Atas Nama Cinta

tiba-tiba tergerak hati nak dengar lagu ni..
pastu best plak dengar.. heh... =)
lirik n arrangement yg best!

Friday, September 25, 2009

pening


assalamualaikum
kalo pening kpale bace ayat 19 surah al-waqi'ah... sambil letak tgn kanan kat kpale.. buat byk kali..
yakin dgn ptolongan ALLAH.. insyaAllah bole sembuh

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya


Sunday, September 13, 2009

selamat hari lahir ayah



~thanx 4 everything
~hope u will be success in ur business
~smoge mendapat hidayah Allah S.W.T
~i luv u

Thursday, September 10, 2009

segenggam tabah



Allah membebani seseorang itu mengikut kemampuan hamba-Nya
sabarlah di atas setiap dugaan

semoga Allah sentiasa merahmati dan meredhai kehidupan kita

Monday, September 7, 2009

Jalan-jalan cari berkat

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

12 September bersamaan 22 ramadhan
iaitu antara 10 mlm terakhir yg diwar-warkan oleh Rasulullah.

Bila??12-13 september = 22-23 ramadhan
Apa??Beriktikaf di Masjid Usamah
Disamping itu??
Melawat Muzium Kesenian Islam
Sembahyang Zohor di Masjid Negara
makanan utk berbuka dan bersahur free!!
Lagi...Dpat nek bas mmu..
Hanya rm 10!!
Berbaloi!!

Berkumpul di Bangunan STAD
Jam 9 pagi 12 september

untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:
EN. MUHAMMAD FITRI AMRON ~Cik Nurzalikha bt Mohd Zaki
matrix_melayu@yahoo.com ~ika5122@yahoo.com
012-5394268 ~019-3636042
organized by:
institusi
USRAH

NUZUL QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sunday, August 23, 2009

ramadhan bulan barakah...mari hidupkannya

Bulan Ramadhan bulan berkat..
berkat maknanya kebaikan akan beranak-pinak..
jadi orang yg mendapat berkat bulan ini, kebaikan yg dilakukannya bertambah2...

dari hanya solat terawih berjamaah.. jadi 5waktu berjemaah..
dari hanya sedekah di hari jumaat.. jadi sedekah untuk orang berbuka puasa..
dari hanya mengaji satu muka surat seminggu.. jadi khatam quran dalam sebulan..

Bulan Ramadhan bulan rahmat..
rahmat itu kasih sayang Allah..
Allah nak tengok kita beribadah..

berdoalah banyak2 terutama sekali ketika hampir waktu maghrib..
insyaALLAH akan dimakbulkan doa tersebut..

tunjukkanlah kebaikan kita pada Allah..
nanti Allah akan tunjukkan pada malaikat..
dan malaikat akan mendoakan kita..

Bulan Ramadhan bulan maghfirah/keampunan..
Bulan Ramadhan juga bulan pembebasan dari api neraka..

semoga sentiasa dibawah naungan redha Allah S.W.T

Monday, August 10, 2009

alfatihah untuk bonda nasai

salam..
ibu sahabat saya mohd nasai bin ab azais (YDP JPP KMPK 08/09) baru saje meninggal dunia pagi tadi.. same2 la kite sedekahkan al fatihah kpd rohnya agar sentiasa tenang dan di tempatkan bersama2 para alim ulama' dan para solihin..

Wednesday, July 15, 2009

kalau kau tak solat...

ade setengah orang akan berkata
"kalau kau tak solat... aku nak buat macam mana"
ataupun
"kalau kau tak solat... aku lempang2 muke kau"
ade jugak
"kalau kau tak solat.. aku akan paksa kau"

dakwah kita perlu disampaikan mengikut kesesuaian mad'u kita..
ada setengah orang yg apabila kita berlembut die akan buat..
ade yang bila kita sepak terajang baru nak buat..
ade yang kita tunjuk je die dah buat..

so, penilaian terhadap mad'u kita amatlah penting untuk memudahkan kita menyampaikan dakwah.
kebiasaannya, teknik pertama dan kedua tidak akan berjaya.
jangan mudah putus asa, teruskanlah usaha untuk mencari key point yang dapat mengubah penerimaan mereka

mungkin kita hanya perlu berkawan rapat dengan mereka, kemudian automatik mereka akan berubah..
mungkin juga kita hanya perlu bersembang secara informal tetapi sampai kepada mereka input2 yang berguna..
mungkin kita boleh guna facebook atau friendster untuk kita bersembang tentang hal agama..

fikirkanlah jalan dan cara yang terbaik..
insyaAllah setiap saat kita memikirkan tentang umat Islam, akan ada ganjarannya di situ..

janganlah mudah berputus asa sekiranya dakwah kita tidak sampai kepada mereka..
sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah S.W.T.

semoga sentiasa mendapat redha-Nya..

Monday, July 6, 2009

amanah = beban

yep..memang amanah = beban..
ini krn apabila kita menerima sesuatu amanah tu..ibarat kite meletakkn sebuah gunung d blakang kte..
amat berat..
amat sukar untuk terus mengangkatnye..
amat perit untuk menjaganya dblakang..

kita selalu terlepas pandang..
kadang2 kte x perasan gunung tu da senget..
kadang2 kte x perasan gunung tu da terhakis..

semakin hari
bahu ini semakin lenguh..

tapi..
atas dasar aqidah Islamiyah..
atas kemahuan untuk berkongsi kesedaran..
atas keinginan untuk melihat sinar Islam di muka bumi..

kita tanamkan azam..
kita semaikan benih2 ukhwah..
kita curahkan peluh2 kegigihan..
kita cambahkan satu kelompok2 yg mencintai Allah..

InsyaAllah...
gunung itu akan terus tegak dbelakang..

semoga sentiasa mendapat redha Allah S.W.T..

dtujukan khas buat para ahli tanzim IU MMU cyber dan para pejuang2 dluar sana..

Thursday, July 2, 2009

Kemalangan menimpa ex-KMPk

pada 25 jun, 3orang sahabat kita, sahal, muzakkir dan shahrul akbar mengalami satu kemalangan yang agak dasyat di terengganu. ketika sedang memandu di sebuah simpang, mereka dilanggar oleh sebuah kereta perdana mengakibatkan saudara Sahal tercampak keluar dari kereta sejauh lebih kurang 4meter. Kepalanya terhantuk. Akibatnya dia koma dan dimasukkan ke dalam ICU. Manakala Shahrul pula mengalami retakan pada lengannya dan Muzakkir cedera ringan. Selepas beberapa hari koma, sahal menjalani pembedahan untuk memasukkan salur pernafasan di tekakknye pada 30jun pada jam 9pagi. Kini dia ditempatkan di wad biasa walaupun masih belum sedar.

Berita daripada kakak saudara Sahal, "Dr. kate hari ni kmungknn pndh ke wad biasa walaupun dia x sedar. sahal bernafas tnpa menggunakan alat bantuan.Sedar dia tu b'gantung pd nasib.ada cepat,ada lmbt. gerak mulut ckit,mata t'buka ckit.semua ok cuma lmbt utk sedar.Doalah."

Sama-samalah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.. Amin....

p/s : sekiranya sesiapa yang mempunyai perkembangan terbaru di minta menyampaikn pada kami..

Wednesday, July 1, 2009

kambing baham serigala..

ade kambing..
ade serigala..

kita jadi kambing..
syaitan jadi serigala..

kalau kambing jalan keseekoran...
serigala senang je nak baham..

kalau kambing jalan dalam kumpulan..
serigala susah nak baham..

bahkan boleh kate kambing yg akan baham serigala..

hidup di dunia ini perlu di dalam satu kumpulan ataupun jemaah..
kerana dengan adanya rakan2 yg faham akan Islam, faham akan diri kita,
kita tidak akan mudah terpesong jauh..

jika kita tertinggal mereka akan tarik kita semula..
jika kita tarlalai mereka akan pandu kita semula..
jika kita kekurangan mereka akan menampung kelemahan kita..

insyaAllah, ukhwahfillah atas dasar aqidah yg sama..
Allah akan sentiasa membantu kelompok yang memperjuangkan Islam..

maaf, penulisan kali ini bosan..
tetapi lihatlah pada isinya..

semoga sentiasa mendapat redha Allah SWT..

Saturday, June 27, 2009

akhlak kita takat mana??

jom p surau
jom puase sunat esok
kite buat usrah nak?
ape kate kite wat group tadarus..

jika kita laju sahaja menjawab "ok"..alhamdulillah
jika kita "err...pikir jap..hmm...ok gak kot"..kene tengok balik

akhlak kita dpt kita tahu dmana arasnye..
amat mudah..
jika hendak buat keputusan..keputusan yg paling spontan itulah akhlak kita..
contoh di atas tadi, jika tros jwb ok..itulah akhlak kita..
jika kita berfikir lama2 n baru mjwb ok..itu adalah pertimbangan kita..

contoh lain,
jom p clubbing
teman aku dating
tolong hantar aku nak p jumpe awek..

kalo kite berfikir nak ke tidak nak ke tidak..ahhaaa...
itu bukan akhlak..

so, kita sendiri dapat menilai tahap akhlak masing2..

dngan pertimbangan yang baik..lama-kelamaan dapat membentuk akhlak yg mulia..
insyaAllah..
semoga sentiasa di bawah naungan rahmat Allah SWT...
wallahualam

Friday, June 26, 2009

berkongsi kesedaran

kadang kala kite trase seperti :-
x cukup ilmu
x cukup ibadah
x cukup baik

tapi ade org yg pandang kite :-
macam lagi hebat
macam lagi baik
macam lagi power

dan diorg :-
mintak tlg ajar diorg
tanye mcm mane nk jd cam kite
memandang kita tinggi sangat2

lepas tu kita slalunye membisu tidak menjawab.

dalam hati terpikir
aku ni x baik la..
aku ni mane la mampu nak ajar diorg
aku ni itu dan ini

tapi hakikatnye itulah kesedaran yg ada pd kita
walaupun kesedaran tu sedikit
walaupun kita hanya sedar bahawa solat 5waktu tu penting

tapi apa salahnye kita kongsikan ksedaran tu dengan mereka yang lain
walaupun kita takde kuasa untuk memberikan hidayah
tetapi cukuplah kita menjadi enzyme yg mengalirkan keinginan mereka untuk mencari hidayah Allah S.W.T

insyaAllah..
semoga berada di bawah naungan redhaNya

Wednesday, June 24, 2009

WEB MENGHINA ISLAM

SAHABAT SEKALIAN..
ANA DAPAT MESEJ DARI SEORANG SAHABAT MENGENAI WEB INI..
DAN ANA DAH TGK SENDIRI WEB TU..
MEMANG KUANG AJAR..!
KUTUK ISLAM N PUTAR BELITKAN ISLAM SESUKA HATI!!
SEBARKAN WAHAI SAHABAT2!!

ya Allah..marahnya aku..
ape aku boleh buat??
bantulah hambaMu ini ya Allah..
beriknlah kekuatan kpdku..

alamatnya : http://mengenal-islam.t35.com/
email adminnya : webmaster@t35.net president@t35.net abuse@t35.net

Tuesday, June 23, 2009

tag kertas dinding.. wow

Format Tag ini adalah seperti berikut::

1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3)tag 10 people
4)titik

mari mulakan beliau..

1.[printsceen]


2. REASONS
-kaler hitam x saket mate sebab slalu mengadap lappy dlm gelap
-wallpaper design sendirik maa..mesti la bajet lawa..lol
-sebagai peringatan kat diri sendiri n org2 yg pinjam lappy ni.. =D

3. taq 10 people :-
-haziq
-harith gua
-kimi
-eriq
-abu
-ruby
-aiin
-atteya
-syafiq roslan
-hur

4. titik .

BLOG UNTUK ALUMNI KMPk sudah siap...

alhamdulillah..
mulai sekarang..blog untuk alumni KMPk (Kolej Matrikulasi Perak) sudah mula berfungsi..
so, ape2 update boleh didapati dari blog tsebut..
http://alumnikmpk.blogspot.com/
kalo rase2 x puas hati bole bgtaw kt kami..

Friday, June 12, 2009

pencurik Islamik...

salam...da lame x wat post baru..
hoho.. alhamdulillah ade pn peluang..
kali ni nk kongsi cerita pasal seorang pencurik yang ingin masuk Islam..

satu hari, dia pergi btemu dgn Rasulullah S.A.W..
"ya nabi Allah, aku ingin memeluk agama Islam.. tapi aku xmau tinggalkn tabiat mencurik aku.. boleh x?"

Rasulullah membenarkn si pencurik memeluk agama Islam tetapi dengan satu syarat..
jangan menipu..

kemudian si pencurik pon bersetuju dan mengucaplah 2kalimah syahadah...
si pencurik menjalankn ibadah2 seperti sahabat yg lain tetapi masih lagi mencurik setiap hari..

dan setiap hari juga Rasulullah S.A.W. akan memanggilnya dan bertanya..
"apakah engkau mencuri hari ini?"

oleh kerana sudah berjanji utk tidak menipu, dia pn mengaku..
setiap hari berlaku perkara yg sama di mana setiap harilah dia mengaku kepada Rasulullah bahawa dia mencuri..

lama-kelamaan, rasa malu mule memenuhi benak.. dia sudah mula segan untuk mengakui perbuatan keji tersebut..
dia mula mengurangkn aktiviti mencurinya..
dan lama-kelamaan dia pn berhenti daripada mencuri..

itulah satu kisah yg boleh kita kiaskn dlm kita nak berda'wah kt org2 keliling kita..
kalo die memang suke kapel.. kompem die xsuke kite ckp kapel haram.. kn??
so, gunelah pendekatan2 seperti ini..

semoga semua da'ie di luar sana berjaya dengan aktiviti dakwah yg dlakukan.. amin..
smoge mndpt keredhaan Allah S.W.T

oh ye, dengar la lagu mirwana tajuk semalam..
ade kt playlist kt atas nih..
best2.. lagu lame tp baru nk letak.. huhu.. :D

Friday, June 5, 2009

melangkah kaki ke alam universitas

hari isnin baru2 ni, kuar jadi pemandu plancong utk family member yg dtg dari johor..
tgh2 tdo sodap2 pagi tu tetbe ade org kol..
"hilmi!! tolong jadi tourist guide mak n ayah aku!!"
tekejut aku dpt panggilan cm2.. membe aku tu dok kat kolej, so die xleh tlg..
tanpa ape2 prancangan aku pon kuaq la p tlg depa..

jumpe2 tros salam ayah die.. n then adik2 die plak hulur tgn..
mcm da penah jumpe je gaya adik2 die tu.. tros jalan sambil memegang kukuh tgnku..huhu..
aku pon wat slamber..jalan la kitorg p sunway piramid..

sebenarnye aku pon xpenah p situ.. tapi da parents die nak p situ aku bawak je la..
kalut gak waktu tu sebab 1st time nak p sane..keh3..

sampai2 je budak2 tu p main ice skating..
dok tgh tengok diorg main (aku x main bukan sebab xreti ok), tetbe dpt panggilan telepon..
"encik hilmi, awak dapat tawaran ke MMU cyberjaya"

dalam hatiku melonjak kegembiraan disulami rasa syukur yg teramat..huhu
tapi..

"encik dapat foundation creative multimedia"

ok, aku da kurang hepi. sebab dpt foundation jek..
apply degree animation tp dpt foundation..

tp xpela.. da bincang2 ngan mak, ayah, parents membe aku tu, akak, n kawan..
akhirnya dapat keputusan utk pegi jugak..
memang nak pegi gak pon tp adelah beberapa orang yg kate xpayah p.. sebab mahal..

memang mahal... xboleh dsangkal..
tapi target aku..
kalo dpt pinjaman mara pon jadi la..
nanti bayar la balik.. asalkan aku blaja btol2 sampai dapat anugerah dekan(adeke kat mmu??)..
huhu.. so insyaAllah aku akn dapat membayar balik tanpa ragu2..huhu..

ahad ni bersamaan 7jun, aku akn mendaftarkn diri ke MMU cyberjaya dengan iringan muzik..
cewah..

doakn aku bjaye ye sahabt.. syukran..
smoge mendapat berkat dan rahmat dari Allah S.W.T..

Wednesday, June 3, 2009

yeay..dapat anak..

Satu hari, "uwek...uwek...!!!" kedengaran satu suara bayi yg mengalunkn tangisan ptamanya setelah berjaya berubah dari seekor sperma menjadi zygote kemudian embryo dan menjadi feotus..
kemudian dilaungkan azan ditelinganya.." Allahuakbar allahuakbar!!"..

begitulah kita dahulu.. dilahirkn terus mendapat nikmat Islam.. sehinggalah kini masih belum ditarik lagi nikmat Islam dari diri kita.. Alhamdulillah..
tetapi masih ramai manusia kini hanya Islam pada bin @ binti sahaja..
takpe, tu nanti sentuh dlm post lain..

"Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku, ibu bapaku, rakan2ku dan semua muslimin dan muslimat samada masih hidup atau yg telah meninggal dunia.."
Itulah doa yg sering kita aminkn.. bagusla tu..
tapi kita lupa untuk mendoakn mereka yg bukan Islam..!!

kenapa?? apa salah mereka??
adakah kerana mereka dilahirkn dalam keadaan bukan Islam bmakan kita perlu menghukum mereka dengan tidak mendoakn mereka??
adakah Allah mengurniakan Islam ini untuk kita sahaja??

terujaku dengan sebuah kisah, ketika seorang sahabat sedang bjalan melintasi sebuah masjid..
tiba2 dia terdengar suara seorang menangis.. dia pun pergilah melihat sape org tu..
rupanya, Bilal bin Rabah sedang menangis sambil berdoa semoga Allah S.W.T. memberikan hidayah Islam kepada semua orang2 kafir di dunia ini..

apakah berat sangat tangan dan mulut kita untuk berdoa seperti yang dilakukan oleh bilal?
adakah kita ingin membiarkan mereka terus hidup tanpa merasa nikmat Islam??
kalau nak suruh p dakwah kat depa memang hangpa semua xnak..
doa jadi la..

so, fikir2knlah..
semoga diredhai Allah S.W.T.

Thursday, May 28, 2009

Indian's call

ring..ring.."hello...assalamu.."mulutku pantas mengeluarkn kata2 tu sejurus menekan butang hijau di telepon bimbitku..tapi x sempat abeh bagi salam..
"!@#$%^&*"org tu cakap..
aku pon pelik.. bahase ape ni??
dengar btol2 rupenye bahase tamil juga..
adoi..x paham aku...sejak bulan 2 yg lalu..
aku sering dhantui dengan telefon daripada kaum india yg salah telepon..
apekah yg berlaku?? maybe no yg aku gune ni dulu milik orang india??
"wrong number la"
"ei, saya melayu"
"er..x faham la.."
tu la slalunye jawapan dari mulutku..haha

apekah yg perlu dlakukan???
adekah perlu untuk ku berkate kpd mereka "masuklah Islam kerana Islam itu adalah benar" setiap kali diorg wrong number??
atau perlu ku meluahkan "atuk saya india jugak tapi saya x faham apa encik/puan cakap..maaf.."
ape yg aku nk buat ni??
ya Allah tolong la aku..
penat dah.. selang due ari ade sorang tepon..
pagi ni je da 2kali..adoi.. haha..

sori post kali ni merepek sikit..

Wednesday, May 27, 2009

mari beli..murah2!!! =D





di sini..
muhammad hilmi bin ismail ingin menjual baju...
die kate murah je..
skarang tengah nak collect tempahan...
sape cepat die dapat..
untuk buat tempahan.. sile bagi nama penuh.. no telefon n alamat.. bagi jenis baju n saiz

Tuesday, May 26, 2009

"sayang awak"

ahaha...
tajuk yg pelik..
sabda Rasulullah S.A.W dlm sebuah hadith bermaksud lebih kurang begini,
"Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"

hadith ni dlm buku teks skola pon ade..
ramai da penah dgr.. saje je nk igtkn balek..
kalo kite syg diri kite.. kite sanggup p kedai beli makanan ble lapor..
cmtu gak la kite dengan 'saudara' kita..
saudara yg dmaksudkn ialah saudara seISLAM kita..
xkira la adik kite ke.. jiran ke.. anak jiran ke..
tukang masak jiran ke.. posmen kampung sebelah ke..
sume tu sedare kite.. maknenye kite kene prihatin je la..
dont be selfish.. diri kite yg terakhir skalik..

mcm saidina umar ckp,
die akan jadi org yg terakhir kenyang selepas semua rakyat die kenyang..

tp x bmakne kite xpayah blaja..xpayah ape sume sbb nk tlg org len..
kene tlg diri gak.. sbb kalo x nnt timbul fitnah kt Islam..
sape yg susah??
ok.. tu je.. pendek je..
tgh men game tetbe tpikir nk ckp pasal ni..
huhu.. semoge dberkati Allah..

Monday, May 25, 2009

"INDAHNYA CIPTAAN TUHAN"

hoyeah...
kali ni nk tunjuk pix2 baru...
hayatilah btape indahnye ciptaan tuhan..




Sunday, May 24, 2009

TAK ADIL LA!!

"apohal ni??? diorg dah la prangai cam setan.. tapi bole plak ramai yang sokong diorang" kate manusia A dengan penuh ketidakpuashatian (btol ke ayat ni).
"btol2... aku xpuas ati r tengok diorg..bukan main jahat... tapi ble exam je score.."sampuk orang B plak dengan perasaan yg equivalent dengan manusia A tadi.

2mangkuk ni sebenarnye tak puas ati dengan segerombolan manusia yang selalu ponteng, menganaya orang, jarang solat plak tu, puasa pon slalu ponteng, kuat mencarut plak tu..nyampah aku..!! eh, aku plak yang over.. ok2.. diorang ni bole dikira 'jahat' tapi tiap kali exam dapat 3.5 above.. pastu ramai plak yang cam sokong diorang..
tu pasal la mangkuk due ekoq tu x puas ati..

sebenarnye...
Allah S.W.T sengaja memberi dan memberi nikmat kepada orang2 seperti itu.
Supaya diorang jadi makin jauh dari Allah..
Sehinggalah benar2 jelas akan kejahatan mereka dan Allah S.W.T akan membinasakan mereka.
Ini dipanggil 'istidraj'.
Ia datang beransur-ansur dan luar biasa.

Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.

Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]

begitulah penerangan pendek mengenai istidraj yang kita patut elakkan..
nak taw lebih mendalam banyak2kan mbace ye adik2.. ceewah..!!
ok.. semoga dijadikan pengajaran..
jangan nak jeles x btempat.. tengok dulu keadaan orang tu mcm mane..
semoga dberkati Allah...

Friday, May 22, 2009

VIDEO TERBARU UNTUK KMPk....

Title : Atan at KMPk
Director : Safihan
Editor : Hilmi

Atan at KMPk


video ini dibuat untuk malam bersama ALUMNI dlm MPPB PST 09/10 baru2 ni..
ponat lelah editor bsengkang mate akhirnye siap gak dlm mase beberape hari je..
memang kojo gilo.. huhu
tp ending die nmpk cam tgantung sbb die ade sambungan dengan Atan masuk dewan n tros buat forum..

Highlight : Allah sentiasa menerima taubat hambanya.. InsyaAllah..

gelaranku...

dah 18tahun 6bulan n 2 hari idop...
ade byk name panggilan yg org bagi..
antaranya :-
1. hilmi (kebanyakkan org)
2. mi (sape ntah)
3. adik (ayah)
4. unta (dak yayasan slangor)
5. bepop (kimi hampeh)
6. jen (bmule d mrsm n tbawak kt metrik)
7. bulan (x igt sape tapi mmg kuang ajo)
8. emi (x igt gak sape)
9. jeng (zack sbnrnye nk pggl jen tp sbb loghat ganu..keh3)
10. hil (yong)
11. walid (bebrape org yg mgaku anak..haha..)
12. zen (kerel)

xsalah kalo nk bagi gelaran.. nabi Muhammad S.A.W. pon ade gelaran..
para sahabat pon ade gelaran..
tapi..
setiap nama yang di beri kalo boleh biarla bermaksud baik...
sebab itu merupakan satu doa kpd tuan punya badan..
n kalo boleh biarlah name tu tidak menyakitkn hati tuan punya badan..
bygkn kalo dia x suke.. stiap kali kte panggil die kecik ati..
n setiap kali kite panggil gak kite dpt dosa!!!
na'uzubillah...

SELIPAR KENE CURIK!!!

"Aaaaaa!!!! Seliper ilang sebelah!!!"
tekezut org sekeliling mendengar raungan seorang belia selepas solat jumaat tadi..
Belia tsebut mundar mandir mencarik2 seliper jename crocs sebelah kirinye yang tidak kelihatan

dek pandangan mate kasarnye sambil mulutnye terkumat kamit berzikir memaki hamun si pencurik...

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan nasib orang lain yang kehilangan dua belah selipar..
"Aduyai..mane la ilang seliper aku ni...!@#$%^&*" seperti belia tadi, pakcik ini juga membasahi

lidahnya dengan alunan maki hamun kepada si pencurik..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan sebelah kaki..
"AARRGGHHKKK!!!! ni sume ko punye pasal kaki aku kene potong...!! potpetpotpet!!" encik ini

menempiaskan air liurnya sambil memarahi pemandu kereta yang terlanggar kaki kiri beliau hasil

kecuaian encik itu sendiri..

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan kedua belah kaki..
"Ko kejam!!! !@#$%^&*" perempuan ini menjerit-jerit sambil menyalahkan orang yang terlepaskan

asid yang berbahaya menyebabkan terkena kaki perempuan itu..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan satu badan..
"........" abang ini hanya terdiam kerana satu badannya lumpuh. Di dalam hatinya, dia sentiasa

bersyukur kerana masih dapat terus hidup untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Begitulah karenah manusia di muka bumi Allah ini. Ramai yang tidak bersyukur sekiranya ditimpa

satu musibah. Mereka tidak memikirkan perihal orang lain yang diuji dengan ujian yang lagi besar

dan hebat. Dan adakalanya, musibah yang melanda itu adalah balasan daripada perbuatan kita

sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita.
Kadang kala, perkara yang kita sangka buruk itu, merupakan perkara yang terbaik untuk kita.
Dan kadang kala, perkara yg kita sangka baik itu, merupakan perkara yang buruk untuk kita.
Berdoalah kepada Allah semoga kita mendapat yang terbaik untuk diri kita di dunia dan di akhirat

kelak.

Thursday, May 7, 2009

Joga KMPk 2

siap..!!! alhamdulillah..
setelah satu semester mencana idea
setelah satu semester merakam
setelah satu semester berjoga
sehari je edit.. haha
bersyukur sgt2.. satu lg video kenangan dpt dsiapkn..
wpun nmpk cam edit sehari..
tp sehari suntuk mengadap pc.. beso eyebag aku..
huhu.. bayangkn la nk pilih satu sem punye rakaman.. nk jdkn 5minit punye video..
bole gilo.. huhu..
tp dgn izin Allah S.W.T., Dia telah mengurniakn 3 org sahabat
yg dtg ke rumah n tlg bg idea n pilih video yg terbaik drpd video2 bersaiz lebeh 12GB!!!
ahaha... pening kpale.. smpi ade yg kene marah.. sori ye fatin.. ko kaco aku salah timing.. =P
ape2 pon dah siap n smoge sumer dpt tgk n puas..
kalo x puas ati meh dtg wangse maju.. aku blanje mkn.. huhu



hari ni gak aku akn pegi lg skali ke metrik perak.. nak jadi AJKO
untuk adik2 yg akn masuk hari isnin nnt.. huhu..
doakn aku slamat pegi n pulang.. syukran jazilan... =D

Wednesday, May 6, 2009

"sehelai baju putih"

sehelai baju putih dikenakan
tetap akan kotor walau apa dilakukan
walaupun melakukan kebaikan
tetap akan ada daki yang terpalit

kita akan membersihkannya
cuma kadang kala kita tidak perasan
akan kekotoran yang sedikit itu

dan kadang kala secara tak sengaja
baju putih itu dikotori dengan air yang tumpah
dengan makanan
ataupun kotoran di jalanan

kita akan membersihkannya
sama ada menggunakan tangan atau pun mesin
dan kotoran itu masih mampu ditanggalkan

dan ada kalanya kita sengaja
membawa masuk baju itu ke dalam
lumpur-lumpur di padang
atau tong yang dipenuhi tahi

kita mungkin akan membersihkannya
cuma ia lebih sukar untuk ditanggalkan
usaha yang lebih perlu dijanakan

tetapi masih ada yang akan memandang jijik
kepada baju itu
walaupun baju itu sudah bersih
dan hanya si pembuat baju sahaja yang tahu akan kebersihannya

-nukilanku buat sahabat-

Analisa

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangan
Tunaikan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Tuesday, May 5, 2009

diheret ke neraka

Setibanya kita di alam akhirat kelak,
bakal ade 3 golongan yang pertama sekali diheret ke delam neraka

1. Mereka yang menginfakkan harta untuk jalan Allah
2. Mereka yang belajar dan mengajarkan al-Quran
3. Mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang lunak

Tetapi bukan semua yang di atas
Ini hanya untuk mereka yang

1. Menginfakkan harta untuk jalan Allah demi mendapatkan pujian daripada orang ramai mengenai kemurahan hatinya.
2. Belajar dan mengajarkan al-Quran demi digelar seorang yang alim dan dipuji
3. Membaca al-Quran dengan suara yang lunak demi mendapatkan pujian atau memenangi anugerah

Sahabat sekalin, sepatutnya kita melakukan setiap perkara hanyalah untuk mendapatkan redha Allah s.w.t semata-mata
Syurga yang akan kita masuki bukan kerana amalan kita tetapi kerana redha Allah s.w.t.

Monday, May 4, 2009

aku kepenatan yg teramat

semalam mata susah nk lelap
pukul 4 baru lelap
penat
...
pagi tadi bangun awal
mula2 kesegaran
lepas mandi (pukul 12) mula merasa kengantukan
penat
...
bangi aku pegi
mencari2 kedai baju yang menghilang
tak kujumpa
pusing lagi
tak kutemu
da tensen
pulang
penat
...
dalam tren sesak
kene bediri
45minit + 30minit + 20 minit
penat
...
sampai rumah
terbaring
ter'on' laptop
tertulis blog ini
sambil mate kekuyuan
penat
...
hari yang aku kepenatan......

Sunday, May 3, 2009

"overNIGHT kat pantai kelanang"

"pantai kelanang?? mane tu??" tu la respon aku n kawan2 bile dgr name tmpt tu..
bile cite kt org pon sume ckp cmtu gak.. keh3..
pantai kelanang ni kat banting.. dekat je ngan pantai morib.. tp lg bersih cume byk anjing mlm2..
huhu..

overnight ni kitorg wat waktu cuti sem dulu..
tujuan utama : rakaman joga KMPk 2
tujuan sampingan : jumpe membe2 lame
tujuan tambahan : nak bawak kete puas2.. =P

sblom pegi diorg nak bwk dak pompuan.. ade ke patot??
kang kene tgkp basah x pasai2.. ish2..
pastu da kene bebel ngan makcik aku baru x bwk pompuan.. keh3.. dalam hati aku alhamdulillah..
huhu

pastu pi la lepak sane..
ktorg wat bbq.. sodap gak tgn laki masak.. heh
pastu aku ape lg..
amek camera bob.. and.. menembak ke sana ke mari.. ewah!.. haha

dan dpt la hasilnye..
x byk sgt.. sbb nk save memory nk rakam joga.. huhu
yg membe aku plak diorg p kejo anjing liar yg byk bekeliaran kt c2.. haha
aku kejo gak skali.. kejo pki kete lg.. haha

ni la hasil yg x seberape tu.. jeng3..!!!




Saturday, May 2, 2009

"kasih sayang Rasulullah S.A.W pd para sahabat"

Sebelum bermulanya peperangan khandaq, kaum muslimin ketika itu kekurangan bekalan makanan dan senjata.
Persiapan yang dilakukan untuk mengorek parit (khandaq) oleh para sahabat turut dibantu oleh Rasulullah S.A.W
walaupun baginda berada dalam keadaan kelaparan. Ini semua kerana sifat ubudiyah di dalam Islam iaitu prinsip persamaan hak dan keadilan.
Rasulullah S.A.W menahan laparnya dengan mengikat beberapa ketulan batu pada perutnya menggunakan kain.
Ini dpt membantu mengelakkan kecederaan.

Seorang sahabat, Jabir RA perasan akan perilaku Rasulullah S.A.W, dan kemudian pulang ke rumah untuk meminta isterinya memasakkan makanan untuk Rasulullah S.A.W. iaitu sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil.
Itu sahaja pun yang termampu untuk dia sediakan.
Setelah siap, saidina Jabir menjemput baginda dan beberapa orang sahabat untuk ke rumahnya.


Sebelum Saidina Jabir pulang, Rasulullah S.A.W. membuat pengumuman kpd beribu sahabat yang bertugas ketika itu untuk turut sama ke rumah saidina Jabir untuk menikmati hidangan tersebut.
Ini kerana baginda tidak sampai hati untuk kekenyangan sedangkan ramai lagi sahabat yang kelaparan.

Kasih sayang Rasulullah S.A.W sgt mendalam kepada para sahabat.
Setelah semua sahabt berkumpul di rumah Saidina Jabir, rasulullah berkongsi makanan yg sedikit itu dengan semua sahabat.
Di fikiran baginda, kekenyangan bukan berpunca drpd makanan itu tetapi drpd Allah S.W.T yg maha kuasa dan makanan
itu hanyalah asbab kepada kekenyangan itu.

Oleh kerana keyakinan Rasulullah S.A.W begitu tahapnya, Allah S.W.T telah mengizinkan untuk semua sahabat merasai kekenyangan dan masih banyak lagi baki makanan yang tertinggal.
Dan Rasulullah S.A.W mencadangkan kepada Saidina Jabir untuk memberi lebihan makanan tersebut pd org kampung.

-di olah daripada buku "Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang masa-
karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Thursday, April 30, 2009

funny story entitled "PEKAK BADAK KE??"

Cerita ini mengisahkan kejadian yang berlaku kepada seorang jejaka yang tinggal di kampung XXX...

Pada suatu hari jejaka yang berumur lingkungan 23 tahun itu duduk di tangga rumahnya sambil menatap rumah yang usang terletak berhampiran dengan rumahnya..kononnya rumah tersebut pernah didiami oleh seorang yang bekerja sebagai penggali kubur..beliau pernah berlakon di dalam cerita Cinta Si Penggali Kubur yang pernah di tayangkan di tv3...akibat wangnya ditipu oleh apek jual aiskrim, dan tunangnya pula lari bersama bangla jual minyak atar, beliau akhirnya meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya kerana demam malaria...

Si jejaka itu tadi tersedar dari lamunannya dan beralih kepada kisahnya hidupnya yang menyedihkan..dia pernah mendengar bunyi sungai, bunyi burung dan bunyi beruk di dalam hutan dengan jelas pada tiga tahun yang lalu..namun, pendengarannya telah menjadi kabur kerana terkorek telinga sendiri sampai berdarah...!!

Kini, dia hanya boleh mendengar dengan samar-samar sahaja..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si jejaka ini pon keluar menuju ke kedai Pak Itam yang terletak di hujung kampung...dia terpaksa berjalan kaki kerana rantai basikalnya telah dicuri orang...

Sedang asyik berjalan dia terserempak dengan khalid yg juga mengalami nasib yang malang sepertinya(pekak badak)..tapi berlainan sedikit, khalid telinganya tersusuk pisau kerana bergaduh ngan adik sendiri...si jejaka tadi pon menegur khalid yang berpakaian agak kemas berbanding dengan hari yang lain..

"Assalamualaikum, khalid apa khabar?"

khalid menjawab, "Ko ni pon laen kali bagi la salam dulu ni terus woi je..aku dah makan dah.."

"aku sihat..lawa nampak..nak gi mane??"tanya si jejaka tadi.

"eh, buruk ko kate baju aku??aku nak pegi KLCC jumpe awek aku,"jawab si khalid.

"nak merendah diri konon..dah pakai baju lawa nak kate burok..eh, aku nak pegi kedai Pak Itam la bukan KLCC,"kate si jejaka dengan nada yang agak pelik.

"ok lah, aku pon tak ajak ko ikut aku.." khalid mengakhiri perbincangan mereka.

Kedua-dua mereka terus menuju ke destinasi masing-masing dalam keadaan gembira walaupun setiap jawapan dan pertanyaan mereka tadi tidak tepat..kesian.. :P

"KMPk's photo.shooting.contest"

yeha... bertemu lagi dlm post yg laen..
kali ni nk kongsi pix lagi.
pix yg dpt dtembak2 waktu photo shooting contest kat kmpk ari tu..
anjuran exco 2p jpp.. tenkiu fazli.. heh.
alhamdulillah dpt no2..
(wpun x puas ati ngan dak yg no 1. sbb x lawa mane ponn... aaa.. x adill) =P




EGOIS KMPk ver. (terompah production)

Haha.. assalamualaikum semua..
tajuk yg agak poyo..
mengenai penceritaan kpd pghasilan video clip btajuk "egois kmpk version"!!
hoi2..!! menarek ke??
semuanye drakam waktu hari last kt metrik.. smpi mate bengkak2 tahan ngantukk..
dpt idea cmni waktu tgh stadi group kt library.. haha..
huhu.. anyway alhamdulillah video ni siap gak..
smoge djadikn pengajaran kpd sesiapa yg melihat n mdgr..
bukan takat berhibur je.. =D










Wednesday, April 29, 2009

MEMBERI SALAM

Assalamualaikum.. di sini sy ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai memberi salam..

1. Jika org memberi "assalamualaikum".
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullah"

2. Jika org memberi "assalamualaikum warahmatullah"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

3. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabrakatuh wamaghfiratuh"

4. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

5. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

kita perlu menjawab lebih kerana inginkan pahala yang sama seperti orang yang memberi.
Ini kerana orang yang memberi lebih baik dari yang menerima. Jadi kita perlu memberi semula dengan lebih lagi.
Tapi jika dah sampai yang no.5, jawapan kite sama panjang. Maknanya pahala kita lebih kurang dari yang memberi.
Jadi untuk mengelakkan pengurangan pahala itu, jadilah orang yang memberi salam daripada kita menjadi orang yang menjawab salam.

Semoga diberkati Allah S.W.T.

berjalan2 di cameron..

Tanggal 20disember 2008, genap 18tahun umurku..
Alhamdulillah aku d izinkn utk hidup lagi.. dan hadiah hari jadiku ialah dpt melancong ke cameron highland!! haha.. alhamdulillah.. =P
Sbnrnye p cameron tu bukan nk jln2, tp ade ptndgn fotografi.. dtakdirkn tarikh nye same ngan besday aku..
so, kira cam hadiah besday le.. huhu..
pastu dpt plak tempat ke-2.. alhamdulillah.. rezeki melimpah2.. huhu... =D
ni antara pix2 yg dpt aku shot kt sane..