Wednesday, July 15, 2009

kalau kau tak solat...

ade setengah orang akan berkata
"kalau kau tak solat... aku nak buat macam mana"
ataupun
"kalau kau tak solat... aku lempang2 muke kau"
ade jugak
"kalau kau tak solat.. aku akan paksa kau"

dakwah kita perlu disampaikan mengikut kesesuaian mad'u kita..
ada setengah orang yg apabila kita berlembut die akan buat..
ade yang bila kita sepak terajang baru nak buat..
ade yang kita tunjuk je die dah buat..

so, penilaian terhadap mad'u kita amatlah penting untuk memudahkan kita menyampaikan dakwah.
kebiasaannya, teknik pertama dan kedua tidak akan berjaya.
jangan mudah putus asa, teruskanlah usaha untuk mencari key point yang dapat mengubah penerimaan mereka

mungkin kita hanya perlu berkawan rapat dengan mereka, kemudian automatik mereka akan berubah..
mungkin juga kita hanya perlu bersembang secara informal tetapi sampai kepada mereka input2 yang berguna..
mungkin kita boleh guna facebook atau friendster untuk kita bersembang tentang hal agama..

fikirkanlah jalan dan cara yang terbaik..
insyaAllah setiap saat kita memikirkan tentang umat Islam, akan ada ganjarannya di situ..

janganlah mudah berputus asa sekiranya dakwah kita tidak sampai kepada mereka..
sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah S.W.T.

semoga sentiasa mendapat redha-Nya..

No comments:

Post a Comment