Wednesday, July 15, 2009

kalau kau tak solat...

ade setengah orang akan berkata
"kalau kau tak solat... aku nak buat macam mana"
ataupun
"kalau kau tak solat... aku lempang2 muke kau"
ade jugak
"kalau kau tak solat.. aku akan paksa kau"

dakwah kita perlu disampaikan mengikut kesesuaian mad'u kita..
ada setengah orang yg apabila kita berlembut die akan buat..
ade yang bila kita sepak terajang baru nak buat..
ade yang kita tunjuk je die dah buat..

so, penilaian terhadap mad'u kita amatlah penting untuk memudahkan kita menyampaikan dakwah.
kebiasaannya, teknik pertama dan kedua tidak akan berjaya.
jangan mudah putus asa, teruskanlah usaha untuk mencari key point yang dapat mengubah penerimaan mereka

mungkin kita hanya perlu berkawan rapat dengan mereka, kemudian automatik mereka akan berubah..
mungkin juga kita hanya perlu bersembang secara informal tetapi sampai kepada mereka input2 yang berguna..
mungkin kita boleh guna facebook atau friendster untuk kita bersembang tentang hal agama..

fikirkanlah jalan dan cara yang terbaik..
insyaAllah setiap saat kita memikirkan tentang umat Islam, akan ada ganjarannya di situ..

janganlah mudah berputus asa sekiranya dakwah kita tidak sampai kepada mereka..
sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah S.W.T.

semoga sentiasa mendapat redha-Nya..

Monday, July 6, 2009

amanah = beban

yep..memang amanah = beban..
ini krn apabila kita menerima sesuatu amanah tu..ibarat kite meletakkn sebuah gunung d blakang kte..
amat berat..
amat sukar untuk terus mengangkatnye..
amat perit untuk menjaganya dblakang..

kita selalu terlepas pandang..
kadang2 kte x perasan gunung tu da senget..
kadang2 kte x perasan gunung tu da terhakis..

semakin hari
bahu ini semakin lenguh..

tapi..
atas dasar aqidah Islamiyah..
atas kemahuan untuk berkongsi kesedaran..
atas keinginan untuk melihat sinar Islam di muka bumi..

kita tanamkan azam..
kita semaikan benih2 ukhwah..
kita curahkan peluh2 kegigihan..
kita cambahkan satu kelompok2 yg mencintai Allah..

InsyaAllah...
gunung itu akan terus tegak dbelakang..

semoga sentiasa mendapat redha Allah S.W.T..

dtujukan khas buat para ahli tanzim IU MMU cyber dan para pejuang2 dluar sana..

Thursday, July 2, 2009

Kemalangan menimpa ex-KMPk

pada 25 jun, 3orang sahabat kita, sahal, muzakkir dan shahrul akbar mengalami satu kemalangan yang agak dasyat di terengganu. ketika sedang memandu di sebuah simpang, mereka dilanggar oleh sebuah kereta perdana mengakibatkan saudara Sahal tercampak keluar dari kereta sejauh lebih kurang 4meter. Kepalanya terhantuk. Akibatnya dia koma dan dimasukkan ke dalam ICU. Manakala Shahrul pula mengalami retakan pada lengannya dan Muzakkir cedera ringan. Selepas beberapa hari koma, sahal menjalani pembedahan untuk memasukkan salur pernafasan di tekakknye pada 30jun pada jam 9pagi. Kini dia ditempatkan di wad biasa walaupun masih belum sedar.

Berita daripada kakak saudara Sahal, "Dr. kate hari ni kmungknn pndh ke wad biasa walaupun dia x sedar. sahal bernafas tnpa menggunakan alat bantuan.Sedar dia tu b'gantung pd nasib.ada cepat,ada lmbt. gerak mulut ckit,mata t'buka ckit.semua ok cuma lmbt utk sedar.Doalah."

Sama-samalah kita mendoakan agar dia cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.. Amin....

p/s : sekiranya sesiapa yang mempunyai perkembangan terbaru di minta menyampaikn pada kami..

Wednesday, July 1, 2009

kambing baham serigala..

ade kambing..
ade serigala..

kita jadi kambing..
syaitan jadi serigala..

kalau kambing jalan keseekoran...
serigala senang je nak baham..

kalau kambing jalan dalam kumpulan..
serigala susah nak baham..

bahkan boleh kate kambing yg akan baham serigala..

hidup di dunia ini perlu di dalam satu kumpulan ataupun jemaah..
kerana dengan adanya rakan2 yg faham akan Islam, faham akan diri kita,
kita tidak akan mudah terpesong jauh..

jika kita tertinggal mereka akan tarik kita semula..
jika kita tarlalai mereka akan pandu kita semula..
jika kita kekurangan mereka akan menampung kelemahan kita..

insyaAllah, ukhwahfillah atas dasar aqidah yg sama..
Allah akan sentiasa membantu kelompok yang memperjuangkan Islam..

maaf, penulisan kali ini bosan..
tetapi lihatlah pada isinya..

semoga sentiasa mendapat redha Allah SWT..