Monday, November 15, 2010

menjadi hamba sebelum menjadi pendakwah

assalamualaikum wbt

menjadi seorang hamba Allah yang sebenar-benarnya atau menjadi pendakwah yang hebat. mana yang lebih utama?

Remaja khususnya zaman sekarang terlalu mengejar menjadi seorang pendakwah yang hebat.
Tak salah pun.
Tapi jangan sampai kita mengabaikn tanggungjawab kita untuk menjadi hamba kepada Allah SWT.
dan itu yang lebih utama

menjadi hamba Allah yang sebenar2nya terletak di tangga yang pertama
dan menjadi pendakwah yang hebat terletak di tangga yang ke-2

kerana tanggungjawab sebagai seorang hamba itu sentiasa ada walau di mana pn kita berada
sedangkan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar wujud apabila kita bersosial di dalam masyarakat.

dan ini menunjukkan kita perlu mengutamakan tarbiyah berbanding siasah.

wallahualam

Tuesday, November 2, 2010

In-Team : Keredhaan-Mu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Monday, October 18, 2010

bersangka baik

assalamualaikum wbt

Islam mendidik kita utk bersangka baik thadap semua orang
tak kira apa agamanya, bangsanya, keturunannya, warna rambut, warna kulit dan sbagainya.

bersangka baik dalam erti kata kita berpandangan positif dalam setiap apa yg mereka buat. walaupun kali pertama bjumpa.
bukan tuduh melulu.
bukan benci pandang pertama.
bukan menghukum

bersangka baik secara tidak lansung dapat meningkatkan kegembiraan di dalam hati kita, menjadikan kita lebih peramah dan ceria, jauh drpd hati yg busuk dan kotor.

tapi tidaklah kita percaya 100% kepada semua orang.
berwaspada itu penting.
supaya kita lebih berjaga-jaga dan bersedia sekiranya ada orang yg ingin melakukan perkara yg buruk kpd kita.

yang paling penting
kita bersangka baik dengan Allah SWT
walaupun kita didatangi ujian seberat2nya ataupun ditimpa musibah.
dengan itu terpupuk rasa syukur kepadaNya.

wallahualam.

Sunday, October 17, 2010

pohon berbuah

assalamualaikum wbt

jadilah seperti sebuah pohon yg berbuah,
di baling batu kita beri buah.

...

Saturday, August 14, 2010

Friday, June 4, 2010

1. Mu'min yang dengki kepadanya

Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud :-

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusushan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.
(Hadith riwayat al-Baihaqi)


Para da'ie khususnya yang mendapat sambutan baik, yang terkenal dan berbakat sentiasa terdedah kepada caci maki mereka yang dengki pada 'ilmu dan kelebihan yang ada pada mereka.

Dari zaman Rasulullah sehinggalah sekarang ramai pemimpin dan da'ie yang membawa risalah perjuangan Rasulullah dicela, difitnah, dituduh dan berbagai-bagai lagi.

Antaro faktor yg menyebabkan hasad dengki :
a) perasaan permusuhan dan kebencian
b) merasa diri mulia
c) takabbur
d) 'ujub
e) takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
f) ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
g) busuk hati



sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih.

Sunday, May 16, 2010

Berjaga-jaga

Rintangan perjuangan seorang da'ie :

1. Mukmin yg dengki kepadanya

2. Munafiq yg benci kepadanya

3. Kafir yg memeranginya

4. Syaitan yg menyesatkannya

5. Nafsu yg merangsangkan

Wednesday, May 12, 2010

Untukmu Teman

Teman,
Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu kau telah mencuba sedaya upayamu.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka.
Allah telah mengira titisan air matamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah penunujuk jalan,
Apabila engkau telah berazam,
maka bertakwallah pada Allah.

Thursday, February 25, 2010

teruskan perjuangan

assalamualaikum wbt

da lame x update

hehe

sori

hehe


erm.. xde idea nk update ape
tp utk kawan2 yg tgh bjuang troskn pjuangan
jgn bg alasan kalau tbe2 rase malas nk bgerak kerja

paksa diri

Allah sentiasa di sisi org yg benar =)

Thursday, January 7, 2010

program semester 3

salam..

saje nk maklumkan snarai2 program yang insyaAllah akan dijalankan oleh Institusi Usrah (IU) MMU Cyberjaya untuk trimester ke-3 nanti

1. XPDC (februari)

2. Kembara IPT (februari)

3. Kursus Jenazah dan Pembersihan Kubur (februari)

4. Ganu Kita (Mac)

5. IU Family Day (Mac)

6. Merentas Cyber (Mac)

7. Lawatan ke Syarikat Penerbitan (Mac)

8. Kursus Pra-Perkahwinan (April)

9. IU Dinner dan Usrah Wida' (April)

10. Usrah umum (dua kali sepanjang trimester 3)

p/s : tarikh ade kemungkinan melalui beberapa perubahan atas beberapa perkara

harap maklum

semoga segala usaha kami mendapat redha Allah S.W.T