Thursday, April 30, 2009

funny story entitled "PEKAK BADAK KE??"

Cerita ini mengisahkan kejadian yang berlaku kepada seorang jejaka yang tinggal di kampung XXX...

Pada suatu hari jejaka yang berumur lingkungan 23 tahun itu duduk di tangga rumahnya sambil menatap rumah yang usang terletak berhampiran dengan rumahnya..kononnya rumah tersebut pernah didiami oleh seorang yang bekerja sebagai penggali kubur..beliau pernah berlakon di dalam cerita Cinta Si Penggali Kubur yang pernah di tayangkan di tv3...akibat wangnya ditipu oleh apek jual aiskrim, dan tunangnya pula lari bersama bangla jual minyak atar, beliau akhirnya meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya kerana demam malaria...

Si jejaka itu tadi tersedar dari lamunannya dan beralih kepada kisahnya hidupnya yang menyedihkan..dia pernah mendengar bunyi sungai, bunyi burung dan bunyi beruk di dalam hutan dengan jelas pada tiga tahun yang lalu..namun, pendengarannya telah menjadi kabur kerana terkorek telinga sendiri sampai berdarah...!!

Kini, dia hanya boleh mendengar dengan samar-samar sahaja..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si jejaka ini pon keluar menuju ke kedai Pak Itam yang terletak di hujung kampung...dia terpaksa berjalan kaki kerana rantai basikalnya telah dicuri orang...

Sedang asyik berjalan dia terserempak dengan khalid yg juga mengalami nasib yang malang sepertinya(pekak badak)..tapi berlainan sedikit, khalid telinganya tersusuk pisau kerana bergaduh ngan adik sendiri...si jejaka tadi pon menegur khalid yang berpakaian agak kemas berbanding dengan hari yang lain..

"Assalamualaikum, khalid apa khabar?"

khalid menjawab, "Ko ni pon laen kali bagi la salam dulu ni terus woi je..aku dah makan dah.."

"aku sihat..lawa nampak..nak gi mane??"tanya si jejaka tadi.

"eh, buruk ko kate baju aku??aku nak pegi KLCC jumpe awek aku,"jawab si khalid.

"nak merendah diri konon..dah pakai baju lawa nak kate burok..eh, aku nak pegi kedai Pak Itam la bukan KLCC,"kate si jejaka dengan nada yang agak pelik.

"ok lah, aku pon tak ajak ko ikut aku.." khalid mengakhiri perbincangan mereka.

Kedua-dua mereka terus menuju ke destinasi masing-masing dalam keadaan gembira walaupun setiap jawapan dan pertanyaan mereka tadi tidak tepat..kesian.. :P

"KMPk's photo.shooting.contest"

yeha... bertemu lagi dlm post yg laen..
kali ni nk kongsi pix lagi.
pix yg dpt dtembak2 waktu photo shooting contest kat kmpk ari tu..
anjuran exco 2p jpp.. tenkiu fazli.. heh.
alhamdulillah dpt no2..
(wpun x puas ati ngan dak yg no 1. sbb x lawa mane ponn... aaa.. x adill) =P




EGOIS KMPk ver. (terompah production)

Haha.. assalamualaikum semua..
tajuk yg agak poyo..
mengenai penceritaan kpd pghasilan video clip btajuk "egois kmpk version"!!
hoi2..!! menarek ke??
semuanye drakam waktu hari last kt metrik.. smpi mate bengkak2 tahan ngantukk..
dpt idea cmni waktu tgh stadi group kt library.. haha..
huhu.. anyway alhamdulillah video ni siap gak..
smoge djadikn pengajaran kpd sesiapa yg melihat n mdgr..
bukan takat berhibur je.. =D










Wednesday, April 29, 2009

MEMBERI SALAM

Assalamualaikum.. di sini sy ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai memberi salam..

1. Jika org memberi "assalamualaikum".
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullah"

2. Jika org memberi "assalamualaikum warahmatullah"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

3. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabrakatuh wamaghfiratuh"

4. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

5. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

kita perlu menjawab lebih kerana inginkan pahala yang sama seperti orang yang memberi.
Ini kerana orang yang memberi lebih baik dari yang menerima. Jadi kita perlu memberi semula dengan lebih lagi.
Tapi jika dah sampai yang no.5, jawapan kite sama panjang. Maknanya pahala kita lebih kurang dari yang memberi.
Jadi untuk mengelakkan pengurangan pahala itu, jadilah orang yang memberi salam daripada kita menjadi orang yang menjawab salam.

Semoga diberkati Allah S.W.T.

berjalan2 di cameron..

Tanggal 20disember 2008, genap 18tahun umurku..
Alhamdulillah aku d izinkn utk hidup lagi.. dan hadiah hari jadiku ialah dpt melancong ke cameron highland!! haha.. alhamdulillah.. =P
Sbnrnye p cameron tu bukan nk jln2, tp ade ptndgn fotografi.. dtakdirkn tarikh nye same ngan besday aku..
so, kira cam hadiah besday le.. huhu..
pastu dpt plak tempat ke-2.. alhamdulillah.. rezeki melimpah2.. huhu... =D
ni antara pix2 yg dpt aku shot kt sane..