Thursday, April 30, 2009

funny story entitled "PEKAK BADAK KE??"

Cerita ini mengisahkan kejadian yang berlaku kepada seorang jejaka yang tinggal di kampung XXX...

Pada suatu hari jejaka yang berumur lingkungan 23 tahun itu duduk di tangga rumahnya sambil menatap rumah yang usang terletak berhampiran dengan rumahnya..kononnya rumah tersebut pernah didiami oleh seorang yang bekerja sebagai penggali kubur..beliau pernah berlakon di dalam cerita Cinta Si Penggali Kubur yang pernah di tayangkan di tv3...akibat wangnya ditipu oleh apek jual aiskrim, dan tunangnya pula lari bersama bangla jual minyak atar, beliau akhirnya meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya kerana demam malaria...

Si jejaka itu tadi tersedar dari lamunannya dan beralih kepada kisahnya hidupnya yang menyedihkan..dia pernah mendengar bunyi sungai, bunyi burung dan bunyi beruk di dalam hutan dengan jelas pada tiga tahun yang lalu..namun, pendengarannya telah menjadi kabur kerana terkorek telinga sendiri sampai berdarah...!!

Kini, dia hanya boleh mendengar dengan samar-samar sahaja..

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si jejaka ini pon keluar menuju ke kedai Pak Itam yang terletak di hujung kampung...dia terpaksa berjalan kaki kerana rantai basikalnya telah dicuri orang...

Sedang asyik berjalan dia terserempak dengan khalid yg juga mengalami nasib yang malang sepertinya(pekak badak)..tapi berlainan sedikit, khalid telinganya tersusuk pisau kerana bergaduh ngan adik sendiri...si jejaka tadi pon menegur khalid yang berpakaian agak kemas berbanding dengan hari yang lain..

"Assalamualaikum, khalid apa khabar?"

khalid menjawab, "Ko ni pon laen kali bagi la salam dulu ni terus woi je..aku dah makan dah.."

"aku sihat..lawa nampak..nak gi mane??"tanya si jejaka tadi.

"eh, buruk ko kate baju aku??aku nak pegi KLCC jumpe awek aku,"jawab si khalid.

"nak merendah diri konon..dah pakai baju lawa nak kate burok..eh, aku nak pegi kedai Pak Itam la bukan KLCC,"kate si jejaka dengan nada yang agak pelik.

"ok lah, aku pon tak ajak ko ikut aku.." khalid mengakhiri perbincangan mereka.

Kedua-dua mereka terus menuju ke destinasi masing-masing dalam keadaan gembira walaupun setiap jawapan dan pertanyaan mereka tadi tidak tepat..kesian.. :P

2 comments:

  1. mak aih. dalam masa beberapa hari je da banyak gile post. hahaaa da demam blog kah?

    ReplyDelete
  2. haha..
    xde la.. ade byk lg nk post..
    nga tggu mase yg seswai jek.. huhu

    ReplyDelete