Saturday, May 2, 2009

"kasih sayang Rasulullah S.A.W pd para sahabat"

Sebelum bermulanya peperangan khandaq, kaum muslimin ketika itu kekurangan bekalan makanan dan senjata.
Persiapan yang dilakukan untuk mengorek parit (khandaq) oleh para sahabat turut dibantu oleh Rasulullah S.A.W
walaupun baginda berada dalam keadaan kelaparan. Ini semua kerana sifat ubudiyah di dalam Islam iaitu prinsip persamaan hak dan keadilan.
Rasulullah S.A.W menahan laparnya dengan mengikat beberapa ketulan batu pada perutnya menggunakan kain.
Ini dpt membantu mengelakkan kecederaan.

Seorang sahabat, Jabir RA perasan akan perilaku Rasulullah S.A.W, dan kemudian pulang ke rumah untuk meminta isterinya memasakkan makanan untuk Rasulullah S.A.W. iaitu sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil.
Itu sahaja pun yang termampu untuk dia sediakan.
Setelah siap, saidina Jabir menjemput baginda dan beberapa orang sahabat untuk ke rumahnya.


Sebelum Saidina Jabir pulang, Rasulullah S.A.W. membuat pengumuman kpd beribu sahabat yang bertugas ketika itu untuk turut sama ke rumah saidina Jabir untuk menikmati hidangan tersebut.
Ini kerana baginda tidak sampai hati untuk kekenyangan sedangkan ramai lagi sahabat yang kelaparan.

Kasih sayang Rasulullah S.A.W sgt mendalam kepada para sahabat.
Setelah semua sahabt berkumpul di rumah Saidina Jabir, rasulullah berkongsi makanan yg sedikit itu dengan semua sahabat.
Di fikiran baginda, kekenyangan bukan berpunca drpd makanan itu tetapi drpd Allah S.W.T yg maha kuasa dan makanan
itu hanyalah asbab kepada kekenyangan itu.

Oleh kerana keyakinan Rasulullah S.A.W begitu tahapnya, Allah S.W.T telah mengizinkan untuk semua sahabat merasai kekenyangan dan masih banyak lagi baki makanan yang tertinggal.
Dan Rasulullah S.A.W mencadangkan kepada Saidina Jabir untuk memberi lebihan makanan tersebut pd org kampung.

-di olah daripada buku "Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang masa-
karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment