Friday, May 22, 2009

SELIPAR KENE CURIK!!!

"Aaaaaa!!!! Seliper ilang sebelah!!!"
tekezut org sekeliling mendengar raungan seorang belia selepas solat jumaat tadi..
Belia tsebut mundar mandir mencarik2 seliper jename crocs sebelah kirinye yang tidak kelihatan

dek pandangan mate kasarnye sambil mulutnye terkumat kamit berzikir memaki hamun si pencurik...

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan nasib orang lain yang kehilangan dua belah selipar..
"Aduyai..mane la ilang seliper aku ni...!@#$%^&*" seperti belia tadi, pakcik ini juga membasahi

lidahnya dengan alunan maki hamun kepada si pencurik..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan sebelah kaki..
"AARRGGHHKKK!!!! ni sume ko punye pasal kaki aku kene potong...!! potpetpotpet!!" encik ini

menempiaskan air liurnya sambil memarahi pemandu kereta yang terlanggar kaki kiri beliau hasil

kecuaian encik itu sendiri..

Dalam masa yang sama, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan kedua belah kaki..
"Ko kejam!!! !@#$%^&*" perempuan ini menjerit-jerit sambil menyalahkan orang yang terlepaskan

asid yang berbahaya menyebabkan terkena kaki perempuan itu..

Ketika itu juga, dia tidak terfikir akan orang yang kehilangan satu badan..
"........" abang ini hanya terdiam kerana satu badannya lumpuh. Di dalam hatinya, dia sentiasa

bersyukur kerana masih dapat terus hidup untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.

Begitulah karenah manusia di muka bumi Allah ini. Ramai yang tidak bersyukur sekiranya ditimpa

satu musibah. Mereka tidak memikirkan perihal orang lain yang diuji dengan ujian yang lagi besar

dan hebat. Dan adakalanya, musibah yang melanda itu adalah balasan daripada perbuatan kita

sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita.
Kadang kala, perkara yang kita sangka buruk itu, merupakan perkara yang terbaik untuk kita.
Dan kadang kala, perkara yg kita sangka baik itu, merupakan perkara yang buruk untuk kita.
Berdoalah kepada Allah semoga kita mendapat yang terbaik untuk diri kita di dunia dan di akhirat

kelak.

2 comments: