Thursday, May 7, 2009

Joga KMPk 2

siap..!!! alhamdulillah..
setelah satu semester mencana idea
setelah satu semester merakam
setelah satu semester berjoga
sehari je edit.. haha
bersyukur sgt2.. satu lg video kenangan dpt dsiapkn..
wpun nmpk cam edit sehari..
tp sehari suntuk mengadap pc.. beso eyebag aku..
huhu.. bayangkn la nk pilih satu sem punye rakaman.. nk jdkn 5minit punye video..
bole gilo.. huhu..
tp dgn izin Allah S.W.T., Dia telah mengurniakn 3 org sahabat
yg dtg ke rumah n tlg bg idea n pilih video yg terbaik drpd video2 bersaiz lebeh 12GB!!!
ahaha... pening kpale.. smpi ade yg kene marah.. sori ye fatin.. ko kaco aku salah timing.. =P
ape2 pon dah siap n smoge sumer dpt tgk n puas..
kalo x puas ati meh dtg wangse maju.. aku blanje mkn.. huhu



hari ni gak aku akn pegi lg skali ke metrik perak.. nak jadi AJKO
untuk adik2 yg akn masuk hari isnin nnt.. huhu..
doakn aku slamat pegi n pulang.. syukran jazilan... =D

Wednesday, May 6, 2009

"sehelai baju putih"

sehelai baju putih dikenakan
tetap akan kotor walau apa dilakukan
walaupun melakukan kebaikan
tetap akan ada daki yang terpalit

kita akan membersihkannya
cuma kadang kala kita tidak perasan
akan kekotoran yang sedikit itu

dan kadang kala secara tak sengaja
baju putih itu dikotori dengan air yang tumpah
dengan makanan
ataupun kotoran di jalanan

kita akan membersihkannya
sama ada menggunakan tangan atau pun mesin
dan kotoran itu masih mampu ditanggalkan

dan ada kalanya kita sengaja
membawa masuk baju itu ke dalam
lumpur-lumpur di padang
atau tong yang dipenuhi tahi

kita mungkin akan membersihkannya
cuma ia lebih sukar untuk ditanggalkan
usaha yang lebih perlu dijanakan

tetapi masih ada yang akan memandang jijik
kepada baju itu
walaupun baju itu sudah bersih
dan hanya si pembuat baju sahaja yang tahu akan kebersihannya

-nukilanku buat sahabat-

Analisa

Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangan
Tunaikan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak diikuti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Tuesday, May 5, 2009

diheret ke neraka

Setibanya kita di alam akhirat kelak,
bakal ade 3 golongan yang pertama sekali diheret ke delam neraka

1. Mereka yang menginfakkan harta untuk jalan Allah
2. Mereka yang belajar dan mengajarkan al-Quran
3. Mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang lunak

Tetapi bukan semua yang di atas
Ini hanya untuk mereka yang

1. Menginfakkan harta untuk jalan Allah demi mendapatkan pujian daripada orang ramai mengenai kemurahan hatinya.
2. Belajar dan mengajarkan al-Quran demi digelar seorang yang alim dan dipuji
3. Membaca al-Quran dengan suara yang lunak demi mendapatkan pujian atau memenangi anugerah

Sahabat sekalin, sepatutnya kita melakukan setiap perkara hanyalah untuk mendapatkan redha Allah s.w.t semata-mata
Syurga yang akan kita masuki bukan kerana amalan kita tetapi kerana redha Allah s.w.t.

Monday, May 4, 2009

aku kepenatan yg teramat

semalam mata susah nk lelap
pukul 4 baru lelap
penat
...
pagi tadi bangun awal
mula2 kesegaran
lepas mandi (pukul 12) mula merasa kengantukan
penat
...
bangi aku pegi
mencari2 kedai baju yang menghilang
tak kujumpa
pusing lagi
tak kutemu
da tensen
pulang
penat
...
dalam tren sesak
kene bediri
45minit + 30minit + 20 minit
penat
...
sampai rumah
terbaring
ter'on' laptop
tertulis blog ini
sambil mate kekuyuan
penat
...
hari yang aku kepenatan......

Sunday, May 3, 2009

"overNIGHT kat pantai kelanang"

"pantai kelanang?? mane tu??" tu la respon aku n kawan2 bile dgr name tmpt tu..
bile cite kt org pon sume ckp cmtu gak.. keh3..
pantai kelanang ni kat banting.. dekat je ngan pantai morib.. tp lg bersih cume byk anjing mlm2..
huhu..

overnight ni kitorg wat waktu cuti sem dulu..
tujuan utama : rakaman joga KMPk 2
tujuan sampingan : jumpe membe2 lame
tujuan tambahan : nak bawak kete puas2.. =P

sblom pegi diorg nak bwk dak pompuan.. ade ke patot??
kang kene tgkp basah x pasai2.. ish2..
pastu da kene bebel ngan makcik aku baru x bwk pompuan.. keh3.. dalam hati aku alhamdulillah..
huhu

pastu pi la lepak sane..
ktorg wat bbq.. sodap gak tgn laki masak.. heh
pastu aku ape lg..
amek camera bob.. and.. menembak ke sana ke mari.. ewah!.. haha

dan dpt la hasilnye..
x byk sgt.. sbb nk save memory nk rakam joga.. huhu
yg membe aku plak diorg p kejo anjing liar yg byk bekeliaran kt c2.. haha
aku kejo gak skali.. kejo pki kete lg.. haha

ni la hasil yg x seberape tu.. jeng3..!!!




Saturday, May 2, 2009

"kasih sayang Rasulullah S.A.W pd para sahabat"

Sebelum bermulanya peperangan khandaq, kaum muslimin ketika itu kekurangan bekalan makanan dan senjata.
Persiapan yang dilakukan untuk mengorek parit (khandaq) oleh para sahabat turut dibantu oleh Rasulullah S.A.W
walaupun baginda berada dalam keadaan kelaparan. Ini semua kerana sifat ubudiyah di dalam Islam iaitu prinsip persamaan hak dan keadilan.
Rasulullah S.A.W menahan laparnya dengan mengikat beberapa ketulan batu pada perutnya menggunakan kain.
Ini dpt membantu mengelakkan kecederaan.

Seorang sahabat, Jabir RA perasan akan perilaku Rasulullah S.A.W, dan kemudian pulang ke rumah untuk meminta isterinya memasakkan makanan untuk Rasulullah S.A.W. iaitu sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil.
Itu sahaja pun yang termampu untuk dia sediakan.
Setelah siap, saidina Jabir menjemput baginda dan beberapa orang sahabat untuk ke rumahnya.


Sebelum Saidina Jabir pulang, Rasulullah S.A.W. membuat pengumuman kpd beribu sahabat yang bertugas ketika itu untuk turut sama ke rumah saidina Jabir untuk menikmati hidangan tersebut.
Ini kerana baginda tidak sampai hati untuk kekenyangan sedangkan ramai lagi sahabat yang kelaparan.

Kasih sayang Rasulullah S.A.W sgt mendalam kepada para sahabat.
Setelah semua sahabt berkumpul di rumah Saidina Jabir, rasulullah berkongsi makanan yg sedikit itu dengan semua sahabat.
Di fikiran baginda, kekenyangan bukan berpunca drpd makanan itu tetapi drpd Allah S.W.T yg maha kuasa dan makanan
itu hanyalah asbab kepada kekenyangan itu.

Oleh kerana keyakinan Rasulullah S.A.W begitu tahapnya, Allah S.W.T telah mengizinkan untuk semua sahabat merasai kekenyangan dan masih banyak lagi baki makanan yang tertinggal.
Dan Rasulullah S.A.W mencadangkan kepada Saidina Jabir untuk memberi lebihan makanan tersebut pd org kampung.

-di olah daripada buku "Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang masa-
karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat