Thursday, April 5, 2012

Wahai kaum makwe sekalian

Wahai kaum makwe sekalian,
Cabarlah pakwe mu untuk tidak menyentuh mu walaupun sekali.
Jika dia tidak mampu menahan nafsunya, jauhkan dirimu, jaga kesucianmu.
Jika pakwe mu itu bukan jodoh mu, beruntunglah bakal suami mu kerana dirimu masih suci.
Jika pakwe mu itulah jodoh mu dan dia mampu bertahan hingga menjadi suami isteri yang sah, ketika itu nikmat yang Allah akan kurniakan sangatlah besar.


Wahai kaum makwe sekalian,
Cabarlah pakwe mu untuk solat 5waktu.
Jika dia tidak mampu melakukannya, maka dia tidak akan mampu menjadi imam mu.
Jika pakwe mu itu bukan jodoh mu, beruntunglah diri mu kerana mendapat saham solat 5waktunya.
Jika pakwe mu itulah jodoh mu, beruntunglah diri mu kerana mendapat suami yang mampu membimbingmu.


Wahai kaum makwe sekalian,
Cabarlah pakwe mu untuk pergi ke majlis ilmu selalu.
Jika dia tidak mampu melakukannya, maka dia tidak akan mampu mengajarmu ilmu agama.
Jika pakwe mu itu bukan jodoh mu, beruntunglah diri mu kerana tidak menjadi isteri kepada orang yang sombong kepada Allah SWT.
Jika pakwe mu itulah jodoh mu, beruntunglah diri mu kerana mendapat suami yang mampu mendidik anak2mu.

No comments:

Post a Comment