Thursday, January 7, 2010

program semester 3

salam..

saje nk maklumkan snarai2 program yang insyaAllah akan dijalankan oleh Institusi Usrah (IU) MMU Cyberjaya untuk trimester ke-3 nanti

1. XPDC (februari)

2. Kembara IPT (februari)

3. Kursus Jenazah dan Pembersihan Kubur (februari)

4. Ganu Kita (Mac)

5. IU Family Day (Mac)

6. Merentas Cyber (Mac)

7. Lawatan ke Syarikat Penerbitan (Mac)

8. Kursus Pra-Perkahwinan (April)

9. IU Dinner dan Usrah Wida' (April)

10. Usrah umum (dua kali sepanjang trimester 3)

p/s : tarikh ade kemungkinan melalui beberapa perubahan atas beberapa perkara

harap maklum

semoga segala usaha kami mendapat redha Allah S.W.T

Tuesday, December 29, 2009

selesa?

assalamualaikum wbt

selesa?



bila kita kini berada di jalan Allah S.W.T.
adakah kita sudah selamat?

kadang kala kita merasa diri kita sudah selesa

tapi
adakah kita mampu untuk terus istiqamah hingga ke hembusan nafas yg terakhir?

adakah kita mampu untuk membantu sahabat yg lain utk bersama2 mpejuangkn agama ini?

kita menganggap diri kita sudah selamat
kemudian kita mbiarkn sahabat2 yg alpa untuk terus hanyut dan tenggelam dari jalan ini

timbul monolog dalaman, "dia nak stop bdakwah? biarla.. asalkn aku istiqamah"


*na'uzubillah*

Friday, November 20, 2009

Jalan-jalan cari berkat! "jom la ikut weyh!"




sape cepat die dpt!
penyertaan terhad!

p/s: hanya untuk pelajar MMU cyberjaya

Wednesday, November 18, 2009

Tarbiyah Islam melalui Rasulullah S.A.W.

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran yg bermaksud,
"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."
Surah al-Baqarah (2:151)

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bahawa Islam sebagai pentarbiyah, melalui Nabi Muhammad S.A.W dengan tiga cara :

Pertama, apabila menerima wahyu Allah SWT, tugas baginda ialah membacakannya dan menjelaskan tujuan dan maksud wahyu Allah SWT kepada umat manusia. Baginda wajib menyampaikan maklumat ilmu yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan itu manusia akan terlepas dari belenggu kejahilan.

Kedua, mentarbiyah dan membersihkan jiwa manusia daripada gejala syirik dan murtad kerana jiwa manusia yang kotor akan mendorong manusia menjadi ganas, tamak dan berkelakuan keji.

Ketiga, mengajar erti hikmah kepada manusia, iaitu mengetahui sesuatu serta mengetahui rahsianya, faedahnya dan maksuudnya, seperti hikmah solat dan lain-lain.

sumber, buku "Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuesday, November 3, 2009

MODERN DA'IE 2009

Assalamualaikum w.b.t.


Modern Da'ie 2009


Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:


Kewajipan Berdakwah
Salah Tanggapan Terhadap Islam
Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
Memahami Mualaf
Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Lecture Hall FIT XR 0001 (Multimedia University)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Sekiranya ada pertanyaan dan berminat untuk sertai, hubungi:

Nizam 013 - 395 5414 aerosilver87@yahoo.com

Sila maklumkan nama penuh dan nombor telefon anda.

*tempat adalah terhad untuk 50 orang pelajar/staff MMU dan 70 pelajar/staff bukan MMU.


"Jazakallahu Khairan Katheera"

Institusi Usrah Cyberjaya

Saturday, October 31, 2009

LAPTOP ROSAK

assalamualaikum wbt..

nk bgtaw kawan2 sume.. laptop da dkebumikn..
so xleh nk update sgt r blog ni..
jgn marah ye especially Org jauh yg kat shoutbox tuh.. hehe



cume 1 pesanan buat sahabat

tips utk para da'ie :-

jgn kite membenci org yg buat "bende x elok"...
cukuplah kte benci "bende x elok" yg die buat...

smoge kite sentiase di bawah redha ALlah SWT

Tuesday, October 13, 2009

Inteam - Pemergianmu



Ketika malaikat Izrail sedang mencabut roh Rasulullah S.A.W., Rasulullah merasa amat sakit lalu baginda berkata kepada malaikat jika begini sakitnya hendak mati, baginda sanggup menganggung semua kesakitan ketika dicabut roh pada setiap umat baginda tetapi perkara itu tidak diizinkan Allah. Begitulah betapa sayangnya baginda kepada kita tetapi kita masih lagi leka dan alpa.

Ya Rasullullah, kami amat merinduimu...

Semoga sentiasa dibawah naungan Redha Allah S.W.T.