Monday, November 15, 2010

menjadi hamba sebelum menjadi pendakwah

assalamualaikum wbt

menjadi seorang hamba Allah yang sebenar-benarnya atau menjadi pendakwah yang hebat. mana yang lebih utama?

Remaja khususnya zaman sekarang terlalu mengejar menjadi seorang pendakwah yang hebat.
Tak salah pun.
Tapi jangan sampai kita mengabaikn tanggungjawab kita untuk menjadi hamba kepada Allah SWT.
dan itu yang lebih utama

menjadi hamba Allah yang sebenar2nya terletak di tangga yang pertama
dan menjadi pendakwah yang hebat terletak di tangga yang ke-2

kerana tanggungjawab sebagai seorang hamba itu sentiasa ada walau di mana pn kita berada
sedangkan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar wujud apabila kita bersosial di dalam masyarakat.

dan ini menunjukkan kita perlu mengutamakan tarbiyah berbanding siasah.

wallahualam

5 comments:

  1. teringat satu dialog bacaan:

    "If everyone is taught on how to lead, who is left to follow?"

    ReplyDelete
  2. maksudnye? ape yg nk dkaitkn ngan post ni?

    ReplyDelete
  3. hahaha...kiranya, apabila semua diajar untuk compete, perkara baiknya ialah diajar mempunyai pemikiran sendiri, mengejar kehendak sendiri.

    tetapi, apabila terlalu difokuskan kepada ciri-ciri tu, sering dilupakan ciri-ciri yang sama penting: to listen, to follow, to learn.

    Seperti tajuk blog Kak Ain: Bottom to Up.

    Macam apa cikgu BM sy ajar:

    Yang diam jangan disangka tidak berfikir.
    Yang tunduk jangan disangka lemah.
    Yang senyum jangan disangka setuju.
    Yang tidak galak bersuara jangan disangka kalah.

    apabila taksub menunjukkan bakat berdakwah, jangan pula apabila ada kesilapan dalam dakwah yang dibetulkan orang lain, terasa kecil hati atau seolah seseorang sedang mempersoalkan sifat dakwah. Kira baguslah tu, maksudnya mereka mendengar dan prihatin. Kita pun tahulah yang kita masih berpeluang belajar lagi, bukan sekadar memberi.

    Apabila ingin berdakwah pula, jangan terlalu merendah-rendahkan seseorang dalam dakwah atau orang yang didakwah. Sepertimana kita memerhati dan menegur mereka, mereka pun sedang memerhatikan kita.

    Tak perlu tunggu ihram baru nak sedar kita sama saja. Ambil iktibar daripada kisah raja Ghassaan terakhir, Jabalah bin Al-Aiham, yang terpaksa melarikan diri ketika sedang melaksanakan haji, apabila dia menempeleng seorang pelaksana haji yang lain hanya kerana orang itu terpijak kain ihramnya (sumber rujukan: Sejarah Umat Islam karya Prof. Hamka).

    Raja bagaimanapun, setinggi darjat dan penghormatan diberi, sehebat manapun dakwah kita kepada orang lain, hakikatnya masih setara orang lain dengan kita.

    ReplyDelete
  4. ooo.. heheh
    baru nmpak kaitannye :P

    skarang memang makin banyak yg jadi pendakwah tp xnk didakwah. sbb merasekn dirinye tinggi ataupn sentiase btol. huhuh

    ReplyDelete
  5. cube rujuk balik konsep yg diperkenalkan oleh Syeikh Mustafa Masyhur :

    "islah nafsaka wa ad'u ghaighaka"

    maksudnyer:
    perbetulkan diri ddisamping itu.. ajaklah org lain..

    p/s:lame x contact jen kite ni... ^^

    ReplyDelete