Tuesday, November 3, 2009

MODERN DA'IE 2009

Assalamualaikum w.b.t.


Modern Da'ie 2009


Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:


Kewajipan Berdakwah
Salah Tanggapan Terhadap Islam
Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
Memahami Mualaf
Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Lecture Hall FIT XR 0001 (Multimedia University)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Sekiranya ada pertanyaan dan berminat untuk sertai, hubungi:

Nizam 013 - 395 5414 aerosilver87@yahoo.com

Sila maklumkan nama penuh dan nombor telefon anda.

*tempat adalah terhad untuk 50 orang pelajar/staff MMU dan 70 pelajar/staff bukan MMU.


"Jazakallahu Khairan Katheera"

Institusi Usrah Cyberjaya

1 comment: