Friday, June 4, 2010

1. Mu'min yang dengki kepadanya

Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud :-

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusushan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.
(Hadith riwayat al-Baihaqi)


Para da'ie khususnya yang mendapat sambutan baik, yang terkenal dan berbakat sentiasa terdedah kepada caci maki mereka yang dengki pada 'ilmu dan kelebihan yang ada pada mereka.

Dari zaman Rasulullah sehinggalah sekarang ramai pemimpin dan da'ie yang membawa risalah perjuangan Rasulullah dicela, difitnah, dituduh dan berbagai-bagai lagi.

Antaro faktor yg menyebabkan hasad dengki :
a) perasaan permusuhan dan kebencian
b) merasa diri mulia
c) takabbur
d) 'ujub
e) takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
f) ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
g) busuk hati



sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih.

No comments:

Post a Comment