Wednesday, November 18, 2009

Tarbiyah Islam melalui Rasulullah S.A.W.

Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran yg bermaksud,
"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al Hikmah (As Sunnah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."
Surah al-Baqarah (2:151)

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bahawa Islam sebagai pentarbiyah, melalui Nabi Muhammad S.A.W dengan tiga cara :

Pertama, apabila menerima wahyu Allah SWT, tugas baginda ialah membacakannya dan menjelaskan tujuan dan maksud wahyu Allah SWT kepada umat manusia. Baginda wajib menyampaikan maklumat ilmu yang tidak diketahui oleh manusia. Dengan itu manusia akan terlepas dari belenggu kejahilan.

Kedua, mentarbiyah dan membersihkan jiwa manusia daripada gejala syirik dan murtad kerana jiwa manusia yang kotor akan mendorong manusia menjadi ganas, tamak dan berkelakuan keji.

Ketiga, mengajar erti hikmah kepada manusia, iaitu mengetahui sesuatu serta mengetahui rahsianya, faedahnya dan maksuudnya, seperti hikmah solat dan lain-lain.

sumber, buku "Muhammad SAW insan teladan sepanjang zaman" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment